Uji pengetahuan anda tentang kata-kata dan bantulah sains! Tujuan saintifik aplikasi ini adalah untuk membantu mempertingkatkan pemahaman kami tentang salah satu kemahiran manusia yang paling penting dan kompleks, yakni kemampuan kami untuk membaca. Dasar kemahiran ini adalah cara kami mengupas barisan-barisan huruf dengan mudah dan pantas serta mengenalpasti perkataan tersebut dan maknanya. Untuk membantu kami di dalam usaha kami, kami akan menggunakan suatu tugas makmal yang terkenal, yakni tugas keputusan leksikal. Anda akan ditunjukkan satu barisan huruf yang boleh merupakan satu perkataan yang benar atau bukan. Bagi setiap barisan huruf yang anda lihat, anda diminta untuk memilih bahawa adakah ia satu perkataan atau bukan. Bagi PERKATAAN, tekan YA; bagi BUKAN PERKATAAN, tekan BUKAN. Bagi setiap jawapan, kami mengukur masa anda mengambil untuk menjawab (masa reaksi anda) serta ketepatan jawapan anda. Ini bermakna bahawa kami akan mempunyai 100 ukuran masa reaksi dan ketepatan jika anda menjawab kepada 100 barisan huruf-huruf. Berdasarkan ukuran-ukuran ini, kami dapat melakukan analisis statistik dan menambah pengetahuan kami tentang cara kami mengenal perkataan-perkataan yang dicetak. Database masa-masa reaksi tersedia yang paling besar mempunyai hampir 40000 perkataan dan 40000 barisan huruf yang bukan perkataan dan setiap barisan huruf mempunyai 20 hingga 40 masa reaksi individu yang diukur dengan pertolongan beratus-ratusan peserta. Aplikasi ini akan berjaya jika kami dapat mencapai lebih daripada 50 masa reaksi bagi setiap perkataan dan barisan huruf yang bukan perkataan. Ini bermakna kami memerlukan 40000 peserta menjawab kepada 50 perkataan dan 50 barisan huruf yang bukan perkataan (yakni lebih kurang sama seperti satu 4 minit sesi). Jumlah besar peserta-peserta yang kami perlukan hanya dapat dicapai dengan pembantuan masyarakat individu-individu yang mengkongsi keghairahan untuk berserta di dalam sesuatu yang berpotensi menjadi penyiasatan yang paling besar di dalam sejarah sains perilaku. |
Home >